Thursday, December 16, 2021

Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk

 APA ISI KANDUNGAN EBOOK INI?



1 Kata Penulis Ebook 2 Susah Ke Nak Jadi Owner Produk Kosmetik? 3 Apa Yang Saya Perlu Tahu Sebelum Menjadi Owner Produk? 4 Statistik Berkaitan Produk 5 Kenapa Saya Perlu Menjual Dan Menjadi Ejen Produk Orang Lain? 6 Nak Jadi Owner Produk, Apa Yang Saya Perlu Tahu Dan Buat? 7 Mental Dan Fizikal Bagaimana Kena Bersedia? 8 Apa Yang Saya Kena Sediakan Sebagai Permulaan? 9 Apa Itu Produk Oem? 10 Kenapa Saya Perlu Memilih Produk Oem? 11 Bagaimana Saya Nak Tahu Kilang Oem Yang Bagus? 12 Apakah Jenis Produk Yang Boleh Saya Buat? 13 Apakah Produk Kosmetik Dan Kesihatan Yang Biasa Dibuat? 14 Produk Apa Yang Ada Permintaan? 15 Produk Semua Dah Ada Dan Kebanyakkan Sama, Macam Mana Saya Nak Jual? 16 Boleh Tak Saya Nak Buat Produk Homemade? 17 Perkara Atau Dokumentasi Apa Yang Saya Perlu Tahu? 18 Apa Notifikasi Yang Biasa Digunakan? 19 Apakah Langkah-Langkah Menghasilkan Produk? 20 Bagaimana Saya Nak Cari Idea Buat Design Produk? 21 Bagaimana Untuk Memilih Botol Dan Pembungkusan? 22 Bagaimana Tetapkan Harga Produk? 23 Apakah Startegi Menjadikan Produk Sentiasa Orang Beli? 24 Bagaimana Cara Pasarkan Produk? 25 Dimana Perlu Iklankan Produk? 26 Perlu Atau Tidak Saya Mempunyai Office Sebagai Permulaan? 27 Adakah Saya Memerlukan Staff Untuk Uruskan Perniagaan Produk Saya? 28 Ada Tak Sistem Yang Digunakan Untuk Permudahkan Perniagaan Produk? 29 Apa Soalan Yang Kerap Ditanya Pelanggan Dan Perlu Bersedia? 30 Ada Tak Sistem Kod Keselamatan Produk? 31 Kenapa Perlu Masuk Expo Antarabangsa? 32 Apa Web Info Berkaitan Produk Kosmetik Dan Kesihatan? 33 Jawab 3 Soalan Ini Dahulu Sebelum Anda Nak Buat Produk 34 Nasihat Dari Beberapa Owner Produk 35 Jika Saya Buat Kesalahan, Apa Tindakan Yang Saya Kena? 36 Kata Penggunaan Yang Dilarang 37 Perkara Yang Tidak Boleh Diiklankan 38 Badan Yang Mengawal Periklanan 39 Analisis Yang Dibuat Oleh Forensic Lab 40 Ringkasan Untuk Mula Buat Produk Oem Sendiri 41 Tak Boleh Ke Kalau Semua Kilang Buatkan? 42 Penutup


Thursday, June 4, 2020

SEBAB KENAPA anda tak boleh terima kebebasan kewangan dan masa?

Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya. Secara asasnya terdapat 10 sebab kenapa anda tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.

# 1 – Anda Fikir Ianya Mustahil Untuk Dicapai
Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Ini merupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:
“Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan, kau umpama angan-angan Mat Jenin…”
Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala ramai manusia. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.
Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:
“Ianya mustahil untuk dicapai.”
Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.

#2 – Anda Tidak Mempunyai Perancangan
Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.
Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.
Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?
Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan realistik untuk dicapai.
Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!

#3 – Tidak Nampak Apa yang Diimpikan
Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.
Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya.
Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apa kerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untuk mencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.

#4 – Tidak Bayar Diri Sendiri Dahulu
Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untuk membayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.
Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.
Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda boleh sertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.

#5 – Ego Terima Nasihat Orang Lain
Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain.
Pastikan anda hanya menerima nasihat dari orang yang betul-betul terbukti berjaya, bebas dari masalah kewangan dan masa. Pilihan menerima nasihat dari individu yang tepat merupakan intipati paling pantas untuk berjaya dan kaya.
#6 – Tidak Mencipta Pemikiran Orang Berjaya
“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”
Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda. Siapakah mentor kebebasan kewangan dan masa anda?
Tiru gaya pemikiran mentor ini dengan lebih dekat. Beli buku penulisan mereka, hadir seminar atau kursus-kursus anjuran mereka dan jika nak lagi best ajak mereka minum bersama anda.

#7 – Diselubungi Aura Negatif Sepanjang Masa
Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.

#8 – Tidak Kekalkan Momentum Tindakan
“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”
Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapi segala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.

#9 – Takut Untuk Berkorban
Ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demi mencapai impian kebebasan kewangan dan masa.
Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentuk ilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untuk bertindak ke arah sasaran perancangan anda.

#10 – Tidak Bersyukur
Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini – dalam kata lain “hati kering”.
Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.

Bangkit Dalam Perniagaan

1- Menilai Diri Sendiri
Tidak semua orang mempunyai kualiti potensi diri yang sama yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Jika anda kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang usahawan, jangan risau – luangkan masa untuk menimba ilmu yang tepat melalui pembacaan, seminar, kelas ataupun cari mentor untuk dijadikan panduan.

2- Membangunkan Idea
Jangan memulakan perniagaan kerana ia merupakan salah satu tren terkini dan menganggapnya ia dapat memberi pulangan wang yang lumayan jika dikomersialkan. Mula membangunkan satu konsep idea perniagaan yang anda minati dan mempunyai pengalaman terhadapnya. Ini memudahkan kerja anda, kerana anda sudah memiliki ilmu dan idea bagaimana hendak komersialkannya.

3- Penyelidikan
Sebaik sahaja anda telah menetapkan idea, sekarang cuba fikirkan bagaimana perniagaan ini boleh menjadi kenyataan. Adakah produk atau perkhidmatan yang bakal disediakan sesuatu yang orang ramai mahu atau perlukan? Bolehkah anda membuat keuntungan jika menjualnya?

4- Pelan Perniagaan
Ambil kertas dan pen! Mula merangka pelan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang. Bagaimana perniagaan ini boleh berkembang dalam masa setahun, tiga tahun dan lima tahun. Apakah idea yang diperlukan jika anda ingin pelabur melabur ke perniagaan anda. Secara asasnya, pelan perniagaan harus merangkumi misi, visi, ringkasan perniagaan, ringkasan eksekutif, perkhidmatan atau servis yang ditawarkan, penerangan pasaran sasaran, unjuran kewangan dan kos operasi. Dapatkan nasihat dari pakar jika anda mengalami kesulitan untuk merancangnya.

5- Mengenal Pasti Sasaran Pasaran
Ini merupakan kriteria yang penting bagi sesebuah perniagaan, kerana ia akan menentukan keuntungan dan kerugian perniagaan. Walaupun anda telah berjaya mengesan beberapa sasaran yang berkesan yang bakal memberi keuntungan perniagaan – jangan berhenti setakat itu, terus dan terus mengenal pasti sasaran baru. Ini bagi membolehkan perniagaan dapat berdaya saing dengan kukuh antara pesaing lain. Pelajari bagaimana mengenal pasti sasaran pasaran yang sesuai dengan perniagaan anda.

6- Kos Industri
Menentukan kos standard melalui penyelidikan terhadap industri-industri yang sama bidang perniagaan dengan anda. Teknik ini akan membantu anda menguruskan kos kewangan dengan lebih efisyen dan berkesan.

7- Mewujudkan Pelan Pemasaran
Sebaik sahaja anda berjaya menentukan berapa banyak wang yang diperlukan untuk memulakan operasi perniagaan, tiba masanya untuk fikirkan berapa banyak yang diperlukan untuk membangunkan produk atau servis dan merangkakannya menjadi satu pelan pemasaran.

8- Mencari Pelabur Yang Tepat
Anda akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan bagi memulakan perniagaan, sama ada melalui simpanan bank, kad kredit, pinjaman, geran atau pelabur. Mencari pelabur yang berkongsi minat sama seperti anda, akan memudahkan anda melakukan perniagaan dengan lebih terancang di masa hadapan. 

9- Memahami Pelabur
Sama ada anda suka ataupun tidak, pelabur mempunyai hak untuk bersuara ke atas syarikat anda. Cuba memahami apakah yang diperlukan oleh mereka sebenarnya. Jika diberi cadangan atau nasihat dari pelabur, dengarkannya dahulu – jangan dibangkang serta merta. Terima sahaja apa yang hendak dikongsikan oleh pelabur, tetapi itu tidak bermakna anda perlu mematuhinya 100% – ambil idea yang bernas sahaja!

10- Membina Satu Sistem Sokongan Keluarga
Kemungkinan besar anda akan melabur lebih banyak masa dan sumber ke dalam perniagaan baru anda. Pastikan keluarga anda memahami situasi ini. Mereka harus sedar bahawa proses ini akan mencabar dari segi emosi dan kewangan secara total. Sokongan keluarga akan dapat membantu pengembangan perniagaan baru dengan pantas.

11- Struktur Undang-undang
Mengenal pasti struktur undang-undang melalui bentuk pemilikan yang terbaik untuk perniagaan anda. Pemilikan terdiri daripada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat liabiliti terhad, perbadanan, syarikat bukan keuntungan (NGO), koperasi dan sebagainya.

12- Nama Perniagaan
Tentukan nama yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda. Kemudian semak melalui online sama ada nama domain (website) telah dimiliki ataupun tidak.
13- Pendaftaran

Jika nama perniagaan yang dicadangkan boleh dimiliki, cepat-cepat daftar nama syarikat dan beli nama domain website. Lakukan pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

14- Mengambil Peluang
Terdapat banyak sumber-sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Sumber seperti ilmu perniagaan, latihan, nasihat, bantuan wang perniagaan, geran perniagaan dan banyak lagi.

15- Cukai
Kenal pasti cukai yang perlu diwajibkan bayar. Terdapat beberapa cukai yang wajib dibayar seperti cukai perniagaan, pendapatan, eksais dan lain-lain.

16- Permit dan Lesen
Pastikan anda mempunyai permit dan lesen yang sah untuk melakukan perniagaan. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

17- Insurans
Demi keselamatan, anda boleh membeli insurans-insurans yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Setiap jenis perniagaan mempunyai polisi insurans yang berbeza. Anda juga boleh membeli insurans untuk diri dan pekerja anda sebagai salah satu manfaat yang disediakan oleh syarikat.

18- Buku Rekod
Sentiasa mempunyai simpanan rekod secara fizikal iaitu buku. Rekod aliran wang keluar dan masuk serta aktiviti-aktiviti syarikat.

19- Lokasi Perniagaan
Memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Lokasi yang mudah diakses oleh anda, pelanggan dan pembekal. Ini akan memudahkan pertumbuhan perniagaan.

2o- Tidak Perlu Pejabat
Tidak perlu pejabat, jika anda masih belum lagi mampu untuk memilikinya. Berniaga dahulu, dapatkan keuntungan yang tinggi kemudian kembangkannya dengan mendapatkan pejabat sebagai langkah permulaan. Pejabat dapat meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud dan kukuh.

21- Paten Perniagaan Bila Kukuh
Jangan melakukan paten jika anda masih belum mempunyai wang yang cukup. Ini kerana untuk melakukan paten perniagaan anda memerlukan kos yang mungkin menelan perbelanjaan sehingga mencecah beribu-ribu ringgit. Berniaga dahulu, kukuhkan jenama bisnes dan dapatkan keuntungan yang tinggi – kemudian baru mula patenkan perniagaan.

 22- Pandangan Idea
Anda mungkin berasa idea anda sudah cukup hebat, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana terdapat banyak lagi idea-idea bukan sahaja hebat malah luar biasa hebat. Jangan sempitkan pemikiran, kongsikan idea sedia ada anda bersama rakan-rakan dan keluarga. Dapatkan pandangan dari mereka dan perbaiki kelemahan jika ada. Mana tahu pandangan yang diterima itu bernas, gabungan idea itu bersama idea anda – hasilnya pasti akan jadi luar biasa hebat.

23- Jangan Takut – Lancar Sahaja
Segala persiapan sudah siap, kini tiba masa untuk lancarkannya secepat mungkin. Jangan tunda pelancaran produk kerana takut ia tidak mendapat sambutan orang ramai.
Lancar sahaja, pada waktu yang sama dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang membeli dan bakal pelanggan. Maklumbalas ini merupakan info paling berharga buat bisnes anda, ia akan membantu untuk menaik taraf lagi kualiti produk atau servis ke tahap yang lebih bagus lagi.

24- Produk Inovasi
Produk inovasi adalah salah satu tip yang membuatkan bisnes terus unggul dan maju. Jangan asyik bergantung kepada produk lama sahaja, terokai produk baru yang akan menyegarkan udara bisnes anda. Pelanggan setia sentiasa menanti-nantikan sesuatu yang baru dari bisnes anda, jangan kecewakan mereka.

25- Bersabar & Realistik
Anda bukan seorang ahli magik yang mampu membina empayar besar dalam sekelip mata. Jadi realistik, kejayaan tidak akan turun seperti ribuan titisan air hujan, kejayaan harus ditakluk dengan tindakan dan kesabaran masa. Jangan gementar untuk memulakan perniagaan dengan langkah yang kecil, percayalah langkah yang kecil ini akan menjadi berjuta langkah yang pasti capai kejayaan. Kekalkan bersabar, realistik & tidak putus asa.

Wednesday, September 4, 2019

JUTAWAN VS USAHAWAN VS PENIAGA / PENJUAL

Semua orang boleh jadi peniaga, tapi tak semua orang boleh jadi usahawan. Mengapa?
Usahawan sentiasa berfikiran jauh, berinovasi serta kreatif dalam apa jua perniagaan yang diceburi. Peniaga adalah seorang yang mementingkan keuntungan semata-mata.  
Benarkah perkara ini?

Thursday, September 29, 2016

PENGIKLANAN DI INTERNET – APLIKASIKAN AIDA


Gunakan iklan yang mempunyai ciri-ciri A-I-D-A iaitu iklan yang menarik perhatian (attention), mencipta minat (interest), mengahsilkan kemahuan (desire) pembeli dan menyeru aksi (action) untuk klik apda iklan tersebut.

🌼ATTENTION – hasilkan banner yang menarik perhatian pengguna internet dengan menambha animasi pada iklan banner, gunakan warna yang terang dan menarik perhatian serta teks yang berkesan

🌼INTEREST-paparkan manfaaat perniagaan anda untuk memudahkan pengguna melihat dan mencetus minat pada perniagaan anda

🌼DESIRE – kemahuan boleh dicipta dengan mengumumkandiskaun, sesuatu yang percuma ataupun tawaran khas pada sesiapa sahaja yang klik pada iklan anada

🌼ACTION- - jangan lupa memyeru pengguna untuk melakukan sesuatu aksi kepada iklan anda sama ada untuk mereka klik, melawat, mendaftar, menghubungi atau sebagainya.

☘SELAMAT MAJU JAYA☘

Sunday, September 25, 2016

15 DOSA KEWANGAN

Pasti ada sebab kalau kewangan kita bertukar jadi haru-biru.
Takkan la sang pokok bergoyang kalau takde angin membadai, kan?
Yang terbaik untuk elakkan masalah, adalah kenal pasti dulu apa masalah itu. Dan perkara yang sama juga applicable dalam konteks pengurusan kewangan.
Nak tahu apa yang korang tak patut buat?
Lepas habis baca perkongsian sifu Zaidi Ismail ni, Tok harap korang tak ulang buat “dosa” ni lagi.

Dosa #1: Belanja dulu sampai puas. Lain hari baru menyimpan

Pendapatan tolak belanja. Bakinya, baru korang nak simpan.
Walhal, sepatutnya pendapatan patut ditolak awal-awal dengan simpanan. Barulah bakinya dibuat belanja.

Dosa #2: Kenderaan termasuk dalam kategori “wajib beli”

Korang rasa perlu beli motosikal atau kereta.
Sedangkan apa yang korang perlukan adalah pengangkutan untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B.
Pengangkutan tak semestinya perlu dibeli, atau perlu berhutang untuk membelinya.

Dosa #3: Kenapa kena menyewa kalau mampu beli rumah?

Korang rasa menyewa itu membazir, dan membeli rumah untuk tinggal sendiri itu tindakan yang bijak.
Tapi korang lupa.
Korang perlu bayar beban ansuran bulanan, yang mungkin lebih tinggi dari kadar sewaan. Dan perbezaan antara keduanya boleh digunakan untuk memiliki dan menambah harta.

Dosa #4: Simpan duit untuk perkara yang belum pasti

Korang bertungkus lumus menyimpan sebagai persediaan pendidikan anak-anak di peringkat tinggi nanti.
Sedangkan korang sendiri pun tak tahu. Adakah anak-anak korang confirm layak untuk belajar kat peringkat lebih tinggi?
Pada masa yang sama, ada banyak lagi pilihan lain untuk biayai pendidikan anak-anak. Tapi korang malas cari dan belajar caranya.

Dosa #5: Terlalu teruja nakrenovate rumah

Korang renovate rumah gila-gila sebab fikir, usaha tu akan meningkatkan nilai rumah. Pada waktu yang sama dapat la korang enjoy hasil renovation tu.
Realitinya, kenaikan nilai rumah bukan bergantung pada renovasi rumah. Tapi pada berapa luas kaki persegi yang boleh digunakan.
Impian nak enjoy hasil renovasi hanyalah sekadar satu ilusi.

Dosa #6: Beli kereta import lagi best daripada beli rumah

Korang fikir lebih baik beli kereta mahal yang mampu dari beli rumah yang tak mampu.
Tapi sebenarnya, tu semua alasan korang untuk menunjuk yang korang mampu drive kereta import.
Padahal, ada banyak je rumah mampu milik yang boleh korang beli.

Dosa #7: Sanggup kenyangkan bank daripada menuntut ilmu

Bayar beribu ringgit untuk beli macam-macam buku.
Tu tak campur lagi dengan pergi seminar dan jumpa mereka yang pakar dalam bidang kewangan.
Korang kata mahal dan buang duit. Membazir je.
Tapi hutang berpuluh tahun dan sanggup bayar bunga hingga puluhan ribu (silap-silap, ada yang sampai ratusan ribu).
Yang ni, korang tak rasa buang duit dan membazir pulak?

Dosa #8: Rasa jijik nak pakai kereta secondhand

Korang kata kos mengendalikan kereta terpakai tinggi dan membazir. Selalu rosak dan sebagainya.
Sebab tu korang tak guna kereta terpakai.
Tapi susut harga kereta baru hampir setengah dari harga kereta yang korang beli.
Faedah beribu-ribu dari hutang yang korang bayar tu, tak kira sebagai membazir dan rugi pulak?

Dosa #9: Bantu-membantu itu amalan mulia?

Korang kata membantu ibu bapa dan sahabat handai itu satu amal untuk mendapatkan pahala dan keberkatan.
Tapi korang membantu sampai sanggup membakar diri sendiri tu yang tak betul.
Membantu tak salah, malah digalakkan. Tapi cara korang membantu tu yang salah.

Dosa #10: Tak kisah leburkan duit kat scammer

Korang lebih percayakan janji-janji manis seorangscammer, hanya sebab dia tunjuk dan pujuk dengan wang yang banyak dan kereta mewah (yang belum tentu kepunyaannya).
Dan korang sanggup bagi duit kat mereka kerana membeli mimpi yang dijual kepada korang.
Tapi korang pulak, tak percaya dengan cara menyimpan dan melabur yang lebih selamat sebab tamak dan malas berusaha.

Dosa #11: Sanggup bergadai. Asalkan dapat buat wedding of the year

Korang buat wedding of the year, mungkin sebab kehendak sendiri atau nak puaskan kehendak orang lain.
Tapi sebenarnya, korang tak mampu dan sanggup meminjam untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain (yang mungkin tak makan masa sampai sehari pun).
Korang pujuk hati dan kata: 
“TAKPELAH. SEKALI SEUMUR HIDUP JE BENDA NI.”
Tapi korang sendiri tak tahu berapa lama jodoh tu kekal dan untuk urusan beberapa hari tu, korang sanggup jadi hamba bank selama bertahun-tahun lamanya.
Hinggakan korang tak mampu nak bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri.
Akhirnya, terpaksa bercerai berai. Berbaloi ke wedding of the year yang korang buat dulu tu?

Dosa #12: Hidup semata-mata nak turutkan nafsu

Korang rasa pendapatan tak pernah cukup, sebab kau tak boleh beli dan belanja apa yang kau nak.
Walhal, rezeki korang dah tertulis. Bukan sebab pendapatan tak cukup, tapi syukur korang sendiri yang kurang.
Lebihan reseki yang korang dapat tu adalah untuk disedekah , disimpan dan dilaburkan. Bukan untuk melayan nafsu yang takkan pernah puas.

Dosa #13: Duit adalah segala-galanya?

Selama ini, korang ingat wang akan dapat selesaikan semua masalah.
Padahal, masalah korang takde kena mengena dengan wang.
Duit hanyalah satu kenderaan untuk sampai ke sesuatu destinasi, dan wang bukanlah destinasi.
Korang kerja macam nak gila mengejar wang. Sedangkan ia tak perlu dikejar.
Duit akan datang sendiri kalau dipanggil dengan cara yang betul.

Dosa #14: Suka amalkan tabiat mengikut orang

Korang ingat, bila buat dan ambil tindakan yang sama seperti kebanyakan orang lain, korang akan dapat hasil yang berbeza.
Hakikatnya, korang bukan dapat hasil yang berbeza.
Korang akan dapat hasil yang sama seperti orang lain.
Termasuklah tekanan, sama sengkek, sama takde simpanan, sama banyak hutang, sama takde harta, dan sama-sama susah.
Untuk mendapatkan hasil yang berbeza, korang kena berani untuk berfikir dan ambil tindakan yang berbeza dari kebanyakan orang lain.
Dah habis baca perkongsian ohsem ni?
Kalau nak kewangan sentiasa sihat walafiat, elakkan buat 14 “dosa” ni secara berterusan.
In Shaa Allah, akan kurang masalah kewangan korang bila tinggalkan dosa-dosa ni.

Wednesday, June 4, 2014

Tips marketing tanpa modal

12 tip marketing tanpa modal dan murah boleh membuatkan pelanggan anda berebut - rebut membeli barang dari anda.

1. Kongsikan info bisnes anda di internet

Kongsikan info bisnes anda melalui facebook atau website atau blog. Perkongsian ini sangat mudah dan murah. Setiap perkongsian perlulah ikhlas dan jangan terlalu menjual.

Ceritakan pengalaman anda . Jual diri anda terlebih dahulu sebelum menjual produk. Jika pelanggan percaya pada anda mereka akan membeli produk anda.

2. E-mail marketing

Database pelanggan adalah sangat penting. E-mail marketing adalah sangat baik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Anda boleh menghantar email kepada bakal pelanggan anda secara berjadual.

3. E-Book marketing

Anda boleh memberikan e-book yang anda tulis secara percuma kepada pelanggan. Mungkin anda boleh menjual produk anda melalui ebook tersebut.

Sebagai contoh anda menulis ebook teknik kuruskan badan dalam 90 hari dan diakhir sharing anda , anda mempromosikan barangan anda untuk dibeli pelanggan.

4. Seminar percuma atau meeting point.

Anjurkan seminar atau perjumpaan dengan seberapa kerap untuk mempromosikan barangan anda. Setakat ini mengikut pengalaman saya ianya sangat berkesan.

5. Beritahu seberapa ramai rakan

Jika produk anda baik, perkongsian info produk itu akan bergerak dengan cepat dari mulut ke mulut

6. Buat fb poster atau fb banner

Kongsikan dengan meminta rakan-rakan baik anda untuk kongsikan info produk anda di blog mereka atau di facebook mereka.

7. SMS rakan anda dengan info produk.

Gunakan teknik yang betul untuk sms marketing

8. Menulis post card atau surat kepada bakal pelanggan.

Walaupun ini cara lama tetapi ianya alah berkesan untuk pelanggan yang terfokus.

9. Memberi baju secara percuma sebagai cenderamata kepada pelanggan dan  bakal pelanggan anda dan baju tersebut ada tercetak perkhidmatan dan jenis produk anda.

10. Buat poster produk dan lekatkan tempat ramai orang.

Poster perlulah menarik dan jelas supaya mudah dilihat.

11. Marketing audio

Kongsikan promosi bisnes anda melalui audio dan berkongsi di web dan media sosial yang lain.

12. Marketing video

Anda boleh kongsikan promosi anda di youtube. Ramai yang telah berjaya dengan cara ini lebih-lebih lagi mereka yang menjual produk dan pelanggan mahukan melihat keberkesanannya.