Friday, January 24, 2014

Penerangan Bisnes Model Canvas (BMC)

BUSINESS MODEL CANVAS

BMC adalah satu model , alat atau tools yang digunakan dalam perancangan sesuatu projek , perniagaan , bisnes dan syarikat yang diusahakan.


Unsur dan Elemen penting dalam BMC
  1. KEY PARTNERS
  2. KEY ACTIVITIES
  3. VALUE PROPOSITIONS
  4. KEY RESOURCES
  5. CUSTOMER RELATIONSHIP
  6. CHANNELS
  7. CUSTOMER SEGMENTS
  8. COST STRUCTURE
  9. REVENUE STREAMS





1) KEY PARTNERS
Adalah sumber-sumber yang terlibat yang menggerakkan dalam sesuatu perniagaan, syarikat, projek dan bisnes yang dijalankan .Atau dikenali sebagai outsorces syarikat. Tapi bukanlah sumber terpenting dalam keseluruhan  operasi syarikat. Senang kata sumber yang menggerakkan bisnes tu beroperasi.
Kepentingannya tak sepenting Key Resources (KR). KP cuma terlibat dengan sesetengah kepentingan dalam syarikat , perniagaan , bisnes dan projek yang dijalankan sahaja. KP bukanlah pembuat keputusan dalam syarikat. KP terdiri daripada pelbagai sumber.

Contoh :  partners / supplier / outsoucer / freelancer

Tujuannya : 
-Untuk optimumkan kos operasi
-Nak keluarkan senarai mana-mana 'key resources' yang tak perlu oleh 'key partners'
-Senangkata ia berkait rapat dengan 'sumber' dan 'aktiviti' sesuatu projek, perniagaan, bisnes dan syarikat itu.
- Ia dapatkan kurangkan pelbagai risiko tidak ketentuan hala

Contoh: anda ingin membuat perniagaan poster. Dalam perniagaan anda, hanya ada 2 orang sahaja yang mahir dalam Photoshop. Jadi, anda boleh lah mengambil beberapa orang luar yang mahir dalam photoshop, kemudian membayar mereka berdasarkan projek. KP boleh terdiri daripada beberapa orang, namn mereka tidak terlibat secara langsung dalam organisasi syarikat.
Mengapa KP diperlukan?
:: Untuk mengoptimumkan skala
:: Mengurangkan risiko dan ketidakpastian (menggunakan kaedah Lean Startup)
:: Pengambil alihan sesetengah sumber dan aktiviti

Key Partners (KP) adalah sumber yang melibatkan DUIT KELUAR


2) KEY ACTIVITIES

Adalah aktiviti kebergantungan untuk memastikan sesuatu perniagaan tu beroperasi. Aktiviti tersebut adalah yang mendatangkan DUIT MASUK .

Tujuan untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang mendatangkan aliran pendapatan dalam perniagaan yang dijalankan. Apakah juga saluran penyebaran ? Ia  melibatkan aktiviti hubungan antara usahawan terhadap pelangganya.

Ada 3 kategori :-
a) Produksi/penghasilan
b) Kaedah Penyelesaian masalah (problem solving)
c) Platform/ Network (rangkaian/agen/distributor/consignment)



Sebagai contoh, dalam perniagaan penjualan baju secara online. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengiklanan, proses jual beli, transfer wang, pos barang, terima pesanan pelanggan dan sebagainya.

Sebagai contoh lain , perniagaan jual laksa , KA adalalah proses masak laksa.


3) VALUE PROPOSITIONS



Adalah nilai yang dapat memberikan kepuasan pada pelanggan dan pengguna.

Contohnya ,
- Apakah yang kita boleh tawarkan/ berikan pada pelanggan
-Apakah masalah pelanggan yang kita dapat bantu selesaikannya.
- Apakah rangkaian produk atau perkhidmatan yang kita dapat tawarkan dalam aspek Customer Segments nanti (CS)
- Apakah juga yang kita dapat lakukan untuk dapat memuaskan hati pelanggan dalam memenuhi keperluan mereka

Nilai-nilai yang kita berikan itu terdapt 10 elemen terpenting :-
  1. Kebaharuan produk
  2. Prestasi sekiranya guna produk kita
  3. Kemampuan pelanggan untuk mendapat khidmat/bisnes kita
  4. Penyesuaian pada pelanggan 
  5. Dengan menggunakan perkhidmatan/perniagaan/produk kita itu adakah dapat selesaikan dan siapkan kerja mereka.
  6. Kemudahan yang ditawarkan
  7. Jenama/ status/ brand
  8. Pengurangan kos
  9. Harga
  10. pengurangan risiko
Ciri-ciri :-
  1. Kebaharuan produk/perniagaan/perkhidmatan
  2. Prestasi/performance
  • Contoh : perniagaan jual laksa yang dijalankan di kawasan tak ada langsung orang menjual laksa adalah VP.

4) KEY RESOURCES

KR Merupakan elemen terpenting dalam syarikat . KR adalah apa yang diperlukan untuk jalankan bisnes tersebut. Lebih mudah ialah apakah "Key resources- KR" untuk "Value Propositions-VP" bagi sesuatu bisnes tu. Terdiri dari 4 elemen  ;-
  1. Fizikal/bahan
  2. Intelekual
  3. Manusia
  4. Kewangan
Contoh : Bagi perniagaan jual laksa tadi , KR adalah bahan yang diperlukan untuk buat laksa seperti ikan, sayur, laksa dan sebagainya. Manakala VP adalah perniagaan laksa itu sendiri.


5) CUSTOMER RELATIONSHIP


Fahami hubungan antara peniaga dan pelanggan. Tujuannya adalah untuk 'bonding' (nak pelanggan tetap). Pembinaan hubungan diantara pelanggan dan peniaga antara elemen yang penting dalam sesebuah syarikat. Kita perlu berfikir apa yang boleh kita hulurkan pada pelanggan? Antaranya adalah seperti bantuan peribadi, servis peribadi, komuniti dan sebagainya.

Ia penting kerana untuk kenal pasti :-
  1. Apakah yang kita dah buat untuk pelanggan
  2. Apakah yang kita boleh berikan untuk customer
  3. Apakah kos yang terlibat untuk menjalankan semua itu.
  4. Adakah semua yang kita lakukan itu adalah sesuai tak dengan bisnes model yang nak kita jalankan.
  5. apakah yang boleh kita berikan berdasarkan apa yang pelanggan nak.
Contoh :-
  1. Bantuan peribadi
  2. Bantuan peribadi yang berdedikasi
  3. Layan diri
  4. Perkhidmatan automatik
  5. Komuniti
  6. Co creation

6) Channels



Cara penghubungan antara kita dan pelanggan kita dalam Customer Segmen(CM) . Kita perlu tahu nak guna cara dan medium apa untuk berhubung/berkomunikasi contohnya secara online atau langsung. Tujuannya nak tahu apa yang customer nak . Bagaimana cara nak capai/mendekati pengguna. Cara yang kita gunakan itu sesuai tak dengan keperluan pelanggan ikut faktor, masa , lokasi dan keadaan. Lepastu kita boleh tahu kat sini cara mana yang paling efektif dan berkesan. Cara mana pula yang dapat menjimatkan kos. Cara mana juga yang customer suka guna dan sesuai tak dengan cara kita? Hmmm....menarik......

kategori utama channels (CH) :-
  1. DIRI
  2. RAKAN KONGSI
  3. FASAHuraian bagi fasa ialah :-
  • Bagaimana produk/perniaggan kita itu boleh mendapat perhatian pelanggan?
  • Penialaian terhadap produk
  • Pembelian
  • Penghantaran
  • Tawaran selepas jualan (value added)
7) CUSTOMER SEGMENTS

Yang penting sekali dalam menjalankan perniagaan kita tahu bagaimana nak mengkelaskan kumpulan pelanggan kita itu. Siapakah target customer mengikut jenis/golongan/umur/jantina dan lain-lain. Sebab apa penting apabila kita tahu mengkelaskan target pelanggan kita ni ialah kerana mereka sangat penting  sebab boleh bagi keuntungan berpanjangan dalam perniagaan dan jualan. So kat sini kita tahu siapakah pelanggan yang paling penting yang kita boleh fokuskan beliau sebagai target customer kita. So kita pun boleh FOKUS menjalankan perniagaan berdasarkan golongan apa yang kita sasarkan. 

Elemen Customer Segment (CS) :-
  1. Sedar / Ambil tahu
  2. Punya minat
  3. Mempunyai keinginan
  4. Mengambil tindakan
8) COST STRUCTURE



CS adalah kos yang terlibat dalam perniagaan yang dijalankan yang perlu diambil kira. Contohnya duit minyak , duit makan, duit bayar bil api,air dan internet , duit tol dan duit sewa tapak dll. Apabila kita dapat menyeimbangkan kos structure ini maka kita dapat meningkatkan "Revenue Stream (RS)".
Dalam ini kita dapat kenal pasti "Key Resources (KR)"  dan "Key Activities (KA)" yang paling tinggi. So kita boleh fikirkan cara tang mana yang paling jimat tang mana yang tak perlu dalam perniagaan tu kita buang kita selesaikan untuk menambah keuntungan perniagaan.

Contoh bagi perniagaan jual laksa tadi . 
Key resources =  Apakah bahan mentah nak buat laksa?
Key Activities = Aktiviti masak laksa. Siapa yang masak?

So, dengan kenal pasti Cost Structure (CS) kita dapat minimumkan kos yang perlu diambil kira untuk bawak keuntungan (Cost Driven). So kita dapat fokus faktor-faktor yang hanya boleh mendatangkan keuntungan dan meningkatkan hasil jualan perniagaan kita (Value Driven).

Contoh :

  1. Fixed costs (salaries/rental/utilities)
  2. Variable cost (Kos yang berubah/tak tetap)
  3. Economical of scale
  4. Economical of scope

9) REVENUE STREAMS


Adalah keuntungan dalam syarikat. Bagaimana  kita nak menilai keuntungan dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Ok macam ni... Apakah faktor yang pelanggan sanggup bayar untuk perniagaan kita tu. Adakah apa yang kita tawarkan tu menguntungkan kita dan pelanggan. Senangkata lagi bagaiman yang memnugkinkan menyebabkan pelanggan bayar dekat kita. Apa jua lah cara dan kemungkinan yang menyebabkan mereka sanggup bayar untuk beli produk dan perniagaan yang kita tawarkan. Kat sini kita perlu tahu berapa banyak keuntungan yang kita boleh dapat dari perniagaan kita.

Reveneu Stream (RS) dan Cost Structure(CS) saling berkait untuk tahu sama ada bisnes kita untung atau rugi...

Element :-

  1. JENIS ;- jualan aset/sewa/yuran/lesen/iklan
  2. HARGA TETAP :- senarai harga  bergantung  kepada produk/ skala volume/pelanggan
  3. HARGA BERUBAH :-Boleh tawar menawar / Harga tersebut mesti ambil kira kos/ Harga tersebut mesti ikut harga pasaran.





SEMOGA BERMANFAAT......

15 comments:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih tuan/puan.. izinkan saya untuk share di FB

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas penerangan tentang BMC.Saya dan rakan2 dah faham apa itu BMC.Kami berterimakasih sangat pasal nota Halalkan saya share kepada rakan saya yg lain kerana kami belajar Cyberprenuer di Politeknik Ungku Omar

    ReplyDelete
  3. Mohon izin ambil maklumat dalam ni ya

    ReplyDelete
  4. trimah kasih , ianya sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Sangat berguna untuk saya menduduki final exam esok bagi kos finance !!

    ReplyDelete
  6. Saya di sini untuk berkongsi kesaksian saya tentang apa yang dilakukan syarikat pinjaman yang dipercayai untuk saya. Nama saya Nikita Tanya, dari Rusia dan saya ibu yang cantik dari 3 kanak-kanak saya kehilangan dana saya untuk mendapatkan pinjaman yang sangat sukar untuk saya dan anak-anak saya, saya pergi ke talian untuk mencari bantuan pinjaman semua harapan adalah hilang sehingga satu hari yang setia ketika saya bertemu kawan saya yang baru-baru ini memperoleh pinjaman dari Perkhidmatan Pendanaan Le_Meridian Dia memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ini yang membantu saya mendapat pinjaman dalam masa 5 hari kerja, saya akan berterima kasih untuk selama-lamanya kepada Bapak Benjamin, kerana membantu saya kembali berjalan kaki. Anda boleh menghubungi Encik Benjamin melalui e-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com, mereka tidak tahu saya melakukan ini untuk mereka, tetapi saya hanya perlu melakukannya kerana ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan pinjaman sila datang ke syarikat ini dan selamatkan. Watsats: (+ 1 989-394-3740)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada pihak tuan kerana web ini membantu saya dalam menyiapkan laporan tentang BMC

    ReplyDelete
  8. Terima kaseh tuan, sangat2 berguna.

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU. SANGAT BERGUNA

    ReplyDelete
  10. Terima kasih perkongsian ilmu ia sgt berguna untuk sya..

    ReplyDelete