Sepotong kisah dari Jutawan
Saya tinggal di kampung, sehari-harian saya bergaul dengan mereka. Selalu dikaitkan tinggal dikampung adalah orang susah dan miskin. Tetapi sebenarnya dikampung juga boleh mendatangkan pendapatan mewah.
Hari ini saya bawakan kejayaan-kejayaan mereka yang kaya tapi secara senyap. Kebiasaan nya orang kampung akan dikaitkan dengan berpendidikan rendah, mungkin tidak habis tingkatan tiga tetapi ada diantara mereka lebih berjaya dari pemegang ijazah PhD.
Pada umumnya mereka menjalankan projek yang tidak lah ‘gah’ dan dipandang, tidaklah hebat dan tidak ‘standard’. Kebiasaan mereka hanyalah menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi banyak cawangan dan kalau bertani seperti menternak udang, ternakan lembu, menanam serai dan cili, mengutip besi buruk dan sebagainya.
Dari pengalaman saya, mereka akan cuba mengelak dari bercerita berapa pendapatan mereka sebulan, mereka kebanyakan akan merendah diri tetapi mempunyai ladang nenas yang berekar-ekar , kebun sawit dan lembu peliharaan berpuluh ekor.
Saya juga perhatikan kebanyakan mereka tidak menonjolkan diri dalam masyarakat walaupun mempunyai kereta dan rumah mereka lebih dari wakil rakyat. Jauh sekali dari mendapat pingat dan anugerah kebesaran kebesaran bergelar Dato’ dan Tan Sri dan biasanya gelaran mereka adalah pak aji sahaja. Mereka adalah jenis yang tidak melabur sesuka hati dan sangat berwaspada dengan soal duit. Mereka menyimpan beratus ribu dan terus menyimpan. kerektor mereka sama.
Saya ramai kawan seperti yang saya bayangkan diatas. Salah seorangnya adalah Hj. Rahmat. Saya telah mengenalinya sejak saya kecil, sebaya dengan arwah ayah saya. Dia membeli kebun dan mengusahakan kebun tersebut sedikit demi sedikit. Bermala dengan tanaman tebu, untungnya dibelikan kebun sawit. Menjelang 10 ke 15 tahun beliau telah mempunyai 100 ekar tanah beserta ratusan lembu. Dari sejak bermula beliau membersihkan kebunnya sendiri hinggalah mempunyai pekerja yang ramai. Berapa pendapatan Hj. Rahmat, jika kebun nya mendapat pendapatan bersih sawit RM500 seekar, berapa kalau seratus ekar. Lembu seekor RM2000, kalau ada 100 ekor tentu banyak pendapatan nya.
Saya juga mempunyai kawan berbangsa cina. Dia berniaga masakan cina dan menjual dengan kereta tolak, dan mempunyai 3 cawangan di pekan yang dijaga sendiri dan dibantu oleh isteri dan pekerjanya. Setiap hari dan setiap cawangan dia memperolehi untung bersih RM300. Jika 3 cawangan pendapatan mereka mencecah puluhan ribu sebulan yang hanya bekerja kurang 3 jam sebelah malam. Mereka menyimpan di bank dan akhirnya dibelikan rumah kedai dan mendapat sewa darinya. Akhirnya telah tiba masa anak mereka mahu belajar keluar negara mereka reloan dan mendapat pinjaman dari bank dan menghantar anak mereka belajar luar negara.
Saya lihat golongan ini lebih murah rezakinya, mereka lebih banyak memberi dan bersedekah. Sesekali saya perhatikan gelagat mereka, mereka jutawan senyap yang tinggal di kampong. Bukan sahaja melayu, jutawan kampong ini juga ramai dikalangan bangsa cina. Mereka berpegang dengan prinsip biar kecil asal dapat, jangan besar tapi tak dapat.
Sesekali anak-anak mereka pulang dari kota, anak-anak mereka dari Bandar yang telah diberi pendidikan tinggi dan berjawatan tinggi. Pulang ke kampung berkereta besar dan Nampak mewah tetapi hakikatnya mungkin berhutang.
Saya diajar sesuatu oleh mereka “Jangan inginkan selalu menang dipadang orang, belajarlah bermain dipadang sendiri”.
No comments:
Post a Comment