Monday, January 27, 2014

SEMANGAT KENTAL & USAHA BERTERUSAN


Ramai orang biasa-biasa nampak orang bisnes berjaya ni semuanya ada. Ada itu ada ini. Tapi oarang biasa-biasa ni tak pernah terfikir kan macam mana orang bisnes ni berusaha nak bagi ada. Ye mereka berusaha.... Berusaha jatuh dan bangun tanpa kenal erti jemu, mengalah dan putus asa. Tiada apa yang mampu mengalahkan mereka untuk mencapai matlamat mereka , itulah kekuatan semangat kental dan usaha yang sentiasa berterusan yang ada dalam diri seoarang usahawan / orang bisnes. Dia set matlamat untuk buat sehabis daya , sehingga dapat capai segala impian. 

Malah mentaliti masayrakat melayu orang biasa-biasa ni selalu kondem pula orang bisnes yang punya segalanya. Wahh ingat macam petik jari sudah dapat, semua dapat dengan jalan mudah dan cepat , banyak guna cara kotor aniaya hidup orang ramai... Hmm.. inilah mentaliti masayarakat melayu yang biasa-biasa. Rakyat marhein.. Ada masalah politik melanda negara melibatkan kewangan sedikit sebanyak bagi kesan pada masalah perbelanjaan ekonomi masing-masing mulalah nanti gelabah. Salahkan kerajaan , salah kan tu salahkan ni. Kenapa ya...

Hidup adalah pilihan masing-masing. Kita nak yang macam mana? Semua orang boleh berjaya mencapai segala impian masing-masing. Untuk berjaya tak apa perlu bermula dari bawah . Yang penting berani bertindak untuk berubah . Lakukan. Jangan tunggu apa-apa lagi untuk melakukan perubahan dalam hidup. Andai jatuh tersungkur pada permulaan tak apa , boleh bangun semula asalkan hidup bermaruah. Hidup bermaruah untuk berusaha berjaya dalam kehidupan. TAK SALAH! Kerana telah berusaha untuk mencapai kejayaan hasil dari usaha diri sendiri , bukan melalui orang lain. Usaha nak membahagiakan orang lain, nak mebantu orang lain dengan kejayaan yang diperolehi nanti. Itu lebih manis dan adalah lebih DIHORMATI. 

Pesanan : Andai kita masih belum lagi sampai di puncak , teruskanlah usaha mendaki. Jangan berputus asa. Jangan rasa penat ditengah jalan mengalah terus....

Semoga berjaya.....

No comments:

Post a Comment