Thursday, January 23, 2014

TEKNIK PEMASARAN KLASIK


1 Strategi marketing klasik yang terbukti berkesan.

Tidak semua produk boleh hasilkan jualan yang drastik.

Khususnya apabila produk itu terlalu baru dan segar dalam pasaran.

===========
1 Jenis strategi pemasaran klasik
===========

Secara psikologi, pelanggan mempunyai perasaan takut untuk mencuba produk baru.

Cara menangani mentaliti takut pelanggan ini adalah menerusi strategi klasik dalam pemasaran iaitu:

“Free sample (Sampel percuma)”

Untuk produk atau servis baru dalam pasaran, sediakan satu platfom supaya pelanggan boleh cuba secara percuma.

===========
2 Jenis tawaran yang pelanggan suka
===========

Pelanggan suka pada dua jenis tawaran ini:

1) Percuma.

2) Tidak ada sebarang perjanjian rasmi (Mereka boleh cuba secara percuma tanpa perlu menandatangani sebarang perjanjian).

Teknik memberikan sampel percuma yang berkesan adalah memberikan pelanggan kelonggaran.

Di pasaraya, pelanggan diberikan minuman secara percuma tanpa perlu memberikan maklumat mereka.

Tujuan sampel percuma adalah memperkenalkan “rasa” produk dan servis kita kepada pelanggan.

Apabila pelanggan pernah merasa, baru mereka berani buat keputusan untuk membeli.

============
Sampel percuma dalam bisnes Facebook
============

1 daripada sampel percuma yang bagus, berkesan dan terbukti boleh tingkatkan jualan adalah content.

Iaitu bagaimana kita boleh selesaikan masalah pelanggan, dengan memberikan mereka info-info yang bagus secara 100% percuma.

Sampel ini dapat membina kredibiliti dengan cepat.

No comments:

Post a Comment