Wednesday, January 22, 2014

Terperangkap dalam bisnes yang 'salah'


Nasihat dari seorang Jutawan bersederhana

Ambil senario ini: 

Kita membuka bisnes membuat gula-gula coklat. Modal awalnya RM40k. Sewa kedai untuk kilang RM1k sebulan. Gaji 2 orang pekerja RM1.8k sebulan.

Selepas 3 tahun, hutang bank masih ada RM30k. Ada bulan kita dapat membayar ansuran. Ada bulan kita gagal membayar ansuran. Lebih banyak bulan yang kita gagal membayar.

Ramai peniaga berada dalam situasi seperti itu.

Banyak yang meneruskan juga usaha menjayakan bisnes gula-gula coklatnya. Macam-macam usaha dicuba. Masih terkial-kial juga.

Membuka bisnes bukan macam membuka ladang pokok durian. Pokok durian mengambil masa 6 tahun baru mengeluarkan buah.

Janganlah ditebang pokok durian yang tidak menghasilkan buah selagi usianya belum 6 tahun.

Mentor saya mengajar saya:

Dalam tempoh 6 bulan kita sepatutnya sudah dapat merasakan sama ada bisnes yang kita buka itu bisnes yang 'betul' ataupun bisnes yang 'salah'.

Jika selepas 6 bulan, gula-gula coklat kita macam susah sangat hendak dijual, kita patut duduk dan tarik nafas panjang-panjang. Jika perlu kita tinggalkan bisnes itu, kita tinggalkanlah.

Jangan kita buang lebih banyak duit, masa dan tenaga cuba menghidupkan bisnes yang memang 'salah'.

Gunakan duit, masa dan tenaga memulakan bisnes baru yang lebih 'betul'.

No comments:

Post a Comment