Thursday, January 23, 2014

FORMULA KEJAYAAN BISNES


3 Formula kejayaan bisnes - Kesan 51% Roy Williams.

Bisnes yang meletakkan duit sebagai isyarat kejayaan semata-mata adalah bisnes yang gagal.

Duit tidak memberi makna yang besar dalam bisnes.

Dalam temubual bersama para pemilik syarikat gergasi bernilai bilion dolar, majoriti meletakkan duit sebagai isyarat kejayaan nombor 2, 3, 4 dan seterusnya.

Ia bukan syarat utama kejayaan bisnes.

============
Formula bisnes: Akrab & rapat
============

Dalam bisnes, faktor yang dapat dijadikan kayu ukur untuk bisnes yang berjaya adalah hubungan kita dengan pelanggan.

Pepatah Inggeris, "Profitable business comes from satisfied customers."

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang mempunyai hubungan mesra dan akrab, dengan segmen pelanggan yang betul.

============
Kajian Roy Williams
============

Kajian ini dilakukan oleh Roy Williams.

Beliau melakukan kajian terhadap laman web, yang menyediakan senarai tawaran harga produk atau servis kepada pelanggan (best-deals).

Pada peringkat awal, beliau sangka 100% pelanggan akan pilih peniaga yang memberikan tawaran harga yang paling murah.

=============
3 Hasil kajian tabiat pelanggan
=============

Hasil kajian Roy Williams mendapati:

1) Tidak semua orang mahu beli produk yang murah.

2) 51% pelanggan sanggup keluarkan duit untuk bayar sedikit mahal, untuk jenama bisnes yang mereka percaya.

3) Jenama bisnes itu datang daripada hubungan yang baik di antara pelanggan dan juga organisasi bisnes itu.

==========
Bina jenama bisnes yang pelanggan percaya
==========

No comments:

Post a Comment