Monday, January 20, 2014

KENAPA PERLU BERNIAGA

Sebabnya mudah je, demi isteri,suami,anak-anak,ibu,ayah, 'KELUARGA'. Siapa ada cita-cita untuk menghantar ibu atau ayah ke mekah?membawa anak-anak ke disneyland?memberikan hadiah beg yang paling isteri sukai di waktu ulang tahun kelahirannya?belanja makan keluarga di restoran mewah?yang paling utama 'BERSEDEKAH' pada orang miskin yang nak bagi anak makan jagung di pasar malam pun tidak mampu, anak menangis meronta-ronta, namun apakan daya ibunya (pengalaman saya sendiri melihat).

  Sifat manusia yang normal tidak kira bertapa jahat atau baiknya manusia itu adalah untuk membahagiakan keluarga tercinta. Namun, dapatkah kita buat semua itu sekiranya gaji yang kita dapat setiap bulan cukup untuk keperluan asas hidup kita sahaja?Nak bagi duit belanja pada ibu dan ayah dikampung pun hanya RM200, tu pun lepas ambil bahagian hak isteri dan anak-anak. soalan nya, cukup ke pulak RM200 untuk ibu dan ayah?beli barang dapur yang tak seberapa pun sekali belanja dah lebih RM600 sebulan, itu untuk keluarga kita je. Mak Ayah macam mana?ada pulak adik-adik yang masih bersekolah, ayah pulak kerja pengawal keselamatan. Tapi masa kecil cita-cita nak bantu ibu dan ayah. Kenapa jadi begini??belajar dah tinggi macam yang ibu nak, dah sampai PHD, tapi kenapa masih tak mampu bantu ibu dan ayah???

  Pernah tak dengar pepatah ni, 'Semakin besar periuk, semakin banyaklah keraknya' bagi orang yang makan gaji, peribahasa ini terasa sangat benarnya. Tetapi bagi orang yang berniaga, betul jugak, tapi apa masalahnya?cari je la duit lagi? =) apa yang membezakan orang yang berniaga dan orang yang biasa adalah 'PERSPEKTIF' atau 'MIND SET'. mindset orang yang takut berniaga adalah, nanti kalau dah kaya jadi sombong,lupa ALLAH, dll. belum mula lagi dah pelbagai perkara buruk dimentelahkan. Apa yang kita fikir itulah apa yang kita akan jadi. Masa depan adalah rahsia ALLAH, kita hanya perlu berusaha dan berdoa pada ILAHI. Kalau kita nak bagi duit pada mak dan ayah di kampung pun tak mampu, macam mana untuk 'BERSEDEKAH'?macam mana nak tolong umat islam yang ditindas?macam mana nak tolong kawan yang kesempitan sebab dibuang kerja?Ingatlah...DUIT bukan lah punca DOSA, manusia lah puncanya...dengan DUIT kita boleh generate PAHALA yang sangatttt banyak.


'JANGAN BEKERJA UNTUK DUIT, BUATKAN DUIT BEKERJA UNTUK KITA'

No comments:

Post a Comment