Tertarik tak dengan gambar di atas? memang tidak dinafikan mencari duit adalah pendorong manusia untuk terus bekerja membanting tulang siang dan malam hanya untuk mencari duit demi memenuhi kehendak, keperluan, dan kadangkala nafsu. Ada yang bekerja demi orang lain, tak kurang juga demi diri sendiri, namun yang paling tak sedap didengar bekerja demi membayar hutang.
Dalam mencari duit kebiasaannya manusia diberikan 2 pilihan, iaitu menjadi orang yang menerima atau menjadi orang yang memberi, lebih tepat orang yang menerima gaji atau yang memberi gaji. Boleh dikatakan pilihan untuk menjadi orang yang menerima gaji lebih 'common'atau menjadi pilihan lebih ramai orang tanpa mengira bangsa,agama,atau negara. Antara sebabnya :
- Pendapatan stabil (bulan-bulan dah tentu duit akan dapat banyak tu)
- pakej perubatan untuk diri dan keluarga oleh syarikat (tak payah fikir dah duit kalau anak demam)
- mudah. buat je kerja yang disuruh, hujung bulan dapat la duit (No RISK!)
Itu adalah 3 dari beratus sebab kenapa orang memilih untuk bekerja makan gaji. Lagi best kerja kerajaan, pencen ada.
Antara sebab tak ramai yang memilih menjadi yang 'memberi gaji' pula:
- tak tahu berniaga
- macam mana nak berniaga
- tahu makan gaji je
- ramai yang aku dengar berniaga lingkup, takut la
itu baru 4, ada berjuta sebab kenapa orang tak memilih untuk menjadi majikan, tapi sebab yang paling popular adalah kerana 'TAKUT'.
No comments:
Post a Comment