Kehidupan sekarang ni cukup mencabar. Tak sama seperti 10 tahun dulu. Kalau dulu dengan gaji RM1000, dah cukup untuk perbelanjaan diri. Tapi, sekarang ni dengan kenaikan harga barang-barang, dengan gaji RM 1000, masih belum tentu cukup untuk perbelanjaan sendiri. Bagaimana pula dengan yang dah berkeluarga? Confirm tak cukup punya.
Sebab tu sekarang ni suami isteri kena kerja. Seingat saya, zaman saya kecik dulu, para isteri hanya duduk di rumah jaga anak. Tapi, sekarang ni dunia dah berubah. Tak boleh lagi nak ikut cara lama.
Ingatkan bila dua-dua orang dah kerja, masalah dah selesai. Rupanya masih tak cukup lagi duit belanja. Tengah bulan dah mula kering. Jadi, bagi menampung kekurangan dana ini, terpaksalah mencari kerja sambilan ataupun kerja part time. Sebenarnya, banyak kerja sambilan yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan samada kerja sambilan secara offline ataupun online. Yang penting kena ada kerajinan dan kemahuan..
Kerja sambilan Secara Offline
Kebanyakan orang lebih terarah mencari kerja sambilan secara offline. Sebabnya, kerja ini telah diketahui secara meluas oleh semua orang. Kerja seperti pengawal keselamatan, pelayan di restoran makanan segera, ikat tali reket badminton, melipat kotak, mengopek ikan bilis, berniaga jual kueh dan lain-lain lagi
Itu adalah contoh-contoh kerja sambilan yang kita pernah dengar. Kadangkala, kepakaran dan kemahiran yang ada pada diri seseorang juga boleh digunakan untuk membuat kerja sambilan. Saya ambil contoh kerja sebagai mekanik kereta. Selepas selesai kerja di sebelah siang. Anda boleh mengambil upah membaiki kereta jiran ataupun kawan di kawasan rumah anda pada sebelah malam ataupun pada hujung minggu. Yang penting kena kuat berusaha
Kerja Sambilan Secara Online
Bila sebut pasal kerja sambilan secara online ni, tak dapat dipisahkan dengan internet. Melalui internet, anda boleh menambah pendapatan tanpa perlu keluar daripada rumah. Jangan hairan kalau ada juga yang menjadikan internet sebagai sumber pendapatan utama mereka. Apa pula contoh kerja sambilan di internet ni? Di internet anda boleh menjalankan perniagaan menjual produk fizikal, menjual ebook, menjadi agen affiliate, jurutaip sambilan dan juga program pengiklanan.
Menjual barang
Banyak barang yang dahulunya dijual secara offline, telah dijual secara online. Yang penting anda kena kenal pasti produk yang selalu dicari oleh pelanggan dan mendapat pemintaan tinggi. Tapi, anda kena belajar cara nak jalankan perniagaan secara online. Cari ilmu tentang pemasaran online terlebih dahulu. Tanpa teknik pemasaran yang betul, produk anda mungkin agak sukar dijual. Produk yang sering mendapat permintaan adalah seperti produk kuruskan badan, produk kosmetik, produk kecantikan wajah, produk "tahan lama", tudung, baju muslimah, peplum dan lain-lain lagi.
Menjadi Agen Affiliate
Secara ringkasnya agen affiliate adalah seorang individu yang bertindak sebagai wakil pemasaran kepada sesuatu produk. Yang bestnya, anda boleh menjadi agen affiliate kepada banyak jenis produk. Pendaftaran sebagai agen affiliate selalunya percuma aje. Setakat yang saya tahu, ramai yang menjadi affiliate menjual ebook panduan. Contohnya seperti panduan buat website, panduan pemasaran facebook, panduan buat duit dengan youtube dan pelbagai lagi. Untuk afiliate luar negara pula, anda boleh sertai clickbank. Jika berminat dengan produk fizikal anda boleh sertai amazon.com dan cj.com.
Jurutaip Sambilan
Ramai individu dan syarikat diluar sana yang memerlukan khidmat anda sebagai jurutaip sambilan. Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan kos operasi. Mereka tak perlu berikan faedah seperti cuti sakit, EPF dan SOCSO. Ia adalah kerja yang dipanggil juga sebagai kerja freelance. Cara kerja Freelance ini adalah anda perlu siapkan tugasan yang diberikan oleh majikan kepada anda mengikut tempoh yang dipersetujui. Apa yang penting adalah anda perlu ada kemahiran untuk menaip, kemahiran IT dan memahami bahasa Inggeris. Sertai jurutaip sambilan segera untuk mulakan kerja sambilan di rumah secara online
Program Pengiklanan
Pernah dengar adsense ataupun nuffnang? Kedua-dua program ini adalah contoh program pengiklanan. Tugas anda adalah untuk membawa orang untuk klik iklan yang dipasang di website ataupun blog. Jadi, anda perlu tahu buat website ataupun blog sebelum sertai program pengiklanan ini. Sebab code iklan perlu diletakkan didalam website ataupun blog anda. Bila seseorang klik iklan tersebut, anda akan dapat duit. Nampak macam senang jer.. tapi sebenarnya susah juga sebab kena belajar tarik banyak trafik masuk ke website ataupun blog.
Tapi, suka saya ingatkan anda bahawa terdapat pelbagai jenis program di internet yang mendakwa mereka menjalankan bisnes program pengiklanan. Sedangkan kebanyakan program ini adalah sebenarnya pelaburan. Contohnya anda perlu bayar sekian duit untuk iklan, selepas sekian masa anda mendapat 200-300% kali ganda daripada pelaburan anda. Saya mohon anda menjauhi program sebegini kerana mirip kepada skim cepat lingkup. Nasihat saya, kaji dulu sebelum sertai apa-apa program. Rujuk kepada yang lebih pakar sebelum memulakan kerja sambilan (part time).

No comments:
Post a Comment