Tip FB marketing - Jangan buat iklan!
Apabila memulakan bisnes, perkataan "iklan" lazimnya bermain-main dalam fikiran.
Iklan sana. Iklan situ. Iklan sini.
Kita menganggap iklan itu adalah nadi kejayaan bisnes. Lagi banyak iklan, lagi besar kocek bisnes kita.
Banyak iklan tidak semestinya banyak duit masuk.
===========
Tip: Jangan buat iklan!
===========
Penulis buku Memulakan Bisnes Sendiri iaitu Puan Ainon Mohd menyatakan,
"Promosi dalam bentuk iklan semata-mata, tidak akan menggerakkan bisnes."
Sebelum cipta dan sebar iklan bisnes, belajar ilmu menulis iklan dahulu.
Iklan yang bagus dapat menyelamatkan bisnes.
Perkara penting sebelum menghasilkan iklan adalah:
=============
3 Jenis ilmu iklan
=============
1) Kenal pelanggan - Tahu dengan siapa kita bercakap.
2) Tahu masalah prioriti - Tidak semua segmen pelanggan terdorong dengan mesej yang sama.
3) Lakukan kajian pelanggan.
Apabila kita melakukan 3 aktiviti di atas, iklan yang kita hasilkan lebih mudah bawa masuk duit ke dalam poket bisnes.
===========
Padah tiada ilmu iklan
===========
Jangan buat iklan tanpa belajar ilmu iklan. Nanti jadi situasi berikut:
+ Iklan banyak tersebar, duit banyak lebur.
+ Duit banyak lebur, bisnes mudah terkubur.
==========
Belajar 7 ilmu iklan mesra-pelanggan
==========
No comments:
Post a Comment