Thursday, January 23, 2014

RISIKO BAHAN MENTAH BERMUSIM


Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kita menanggung kerugian adalah trend pasaran.

Pasaran trend bukan hanya berlaku pada produk seperti fesyen. Semua jenis sektor pasaran mempunyai trendnya. 

Dalam pasaran kek pun ada trendnya. Dari masa ke masa akan diperkenalkan resipi kek baru, lalu banyak peminat kek berlumba-lumba belajar membuat kek itu, dan menjual kek itu.

Sebelum ini trend tiramisu. Kemudian trend durian crepe. Kemudian moist chocolate. Kemudian red velvet. Kemudian cheese meleleh.

.

Bahan-bahan mentah yang kita gunakan dalam pembikinan produk boleh menjadi salah satu faktor produk kita cepat terkeluar dari pasaran.

Disebabkan bahan mentah yang digunakan, maka hayat produk kita menjadi singkat. Dalam erti kata lain, tidak laku lagi.

.

Pada masa ini banyak peniaga Melayu mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan produk kecantikan. Ada yang menggunakan bahan-bahan mentah yang trendi.

Penggunaan bahan-bahan mentah yang trendi menyebabkan kitaran hayat pasaran produk itu sangat singkat.

Kita belum sempat menjadi jutawan menjual produk kita, sudah muncul trend bahan mentah baru!

No comments:

Post a Comment